Thursday, May 6, 2010

RISIKO DUDUK LAMA DI DEPAN KOMPUTER

Selamat Sejahtera Semua..


Ini adalah warning untuk semua gamers, students, pekerja pejabat atau sesiapa sahaja yang selalu menghabiskan masa seharian di depan komputer. Duduk berjam-jam secara pasif di depan komputer akan membuatkan otot-otot tubuh terasa kaku, keras dan mata pula akan menjadi pedih. Untuk pengetahuan korang semua, selain daripada itu, ada lagi satu ancaman lain yang lebih berisiko iaitu Depp vein Thrombosis (DVT).


APA ITU DVT ?
DVT disebabkan oleh darah beku yang menyebabkan salur darah terutamanya di bahagian paha dan betis tersumbat.


MACAM MANA IA BOLEH BERLAKU ?
Ia disebabkan oleh aliran darah yang tidak lancar daripada aktiviti yang pasif. Lebih memburukkan lagi ialah "bantuan" daripada air conditioner dengan suhu yang sejuk juga membantu mempercepatkan lagi pembekuan darah.


BAHAYA KER PENYAKIT NIE ?
Menurut pakar kesihatan, pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalaman sering di jumpai di kaki. Gumpalan tersebut akan berpindah ke jantung, peparu atau otak dan menyebabkan rasa sakit dibahagian dada, sesak nafas atau kematian akibat serangan jantung dan angin ahmar.


JADI, SIAPA YANG BERISIKO TINGGI MENGHADAPI MASALAH INI ?
Mereka yang kerap menghabiskan masa di depan komputer ataupun mereka yang kerap melalui perjalanan jauh yang panjang. Jadi tak kira peringkat usia atau siapa korang sebenarnya, risiko itu tetap ada. Setakat ini yang paling banyak direkodkan ialah mereka yang bekerja dalam industri  teknologi maklumat dan help desk. Tak terkecuali gamers dan student juga berisiko untuk menghadapi masalah ini sekiranya seharian mengadap komputer.


SIMPTOM-SIMPTONYA ?

  • Cepat penat dan mengah.
  • Sakit dada.
  • Denyutan nadi yang laju.
  • Lemah di bahagian kaki.
  • Kurang selera makan.
  • Nafas pendek samada dalam keadaan rehat atau aktif.
  • Batuk
MACAM MANA PULA NAK MENCEGAHNYA ?
  • Gunakan stokin yang sesuai. Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tak bertakung seterusnya mengelakkan darah beku.
  • Rehat dan buat senaman ringan. Sekali-sekala berjalan keliling pejabat untuk mengembalikan kesegaran.
  • Turunkan suhu air conditioner.
  • Jangan minum ais. Kerapkan minum air panas.
APA PULA CARA RAWATANNYA ?
Biasanya, pesakit akan diberi ubat seperti heparin atau warfarin untuk menghentikan atau memperlahankan darah beku. Tapi, kalau dah kronik, perlulah menjalani terapi thrombolitik iaitu mengeluarkan darah beku menggunakan enzim.



NotaKakiKurap: adoi..macam ak nie dh simptom2 dia dh..dok sakit kaki nie..mampoih la

9 comments:

syahira ariff said...

ngaaaaa
takutnyer
dahlaa saya dapat kos dalam bidang ICT gak kat U nanti
kena limit nie waktu meluangkan masa di dpan komputer!

mish lolipop,komentla new entri saya
heee~
=D

shaffique said...

kalau baring kena tak penyakit ni..huhu..


My latest entry : Drogba Dan Ronaldo Jadi Model Seluar Dalam

MISH LOLIPOP said...

syahira: sma la..gua pon amek IT nie..kje pon 24jam mngadap laptop..hehehe

shafiq: baring da gk tue..baik xpyh bring lama sangat..hahahha

safiyyahosman said...

waaa...
takutnya..
kna on9 smbl berdiri la nih..
ngeee

MISH LOLIPOP said...

safiyyah: wakakaka..ko bt lu beb..gua nk tgk on9 smbil bdiri

syahirul said...

fuh semart kaki dia.. huhu

MISH LOLIPOP said...

syahirul: ingin memiliki kaki seperti itu?? boleh sahaja..hehhe

Anonymous said...

bahaya ni! huish.. =.="

MISH LOLIPOP said...

hafizazmi: taw xper..huhu