Tuesday, May 25, 2010

EKSPERIMEN MENAMBAH BALA

Selamat Sejahtera Semua...


Entri kedua gua untuk hari nie. Saja ja tetiba rajin semacam so buat jer la kan. Okeyh gua da terbaca dalam satu majalah la yang menceritakan satu pengalaman yang memang gila-gila punya eksperimen. Gua tak taw camner mamat nie bleh terbengap seketika mencuba eksperimen yang silap haribulan boleh membawa maut. Jom kita layan dulu citer mengenai EKSPERIMEN MENAMBAH BALA


Masa nie penulis baru masuk tingkatan dua. Masa mula-mula cikgu kelas masuk, macam biasa la sesi suai kenal akan dimulakan. Riak cikgu nie gengster semacam ja tapi cakapnya lembut ja. Dalam sesi suai kenal tue, cikgu tersebut menyuruh setiap murid dalam kelas tue cerita mengenai azam masing-masing. Sorang demi sorang murid bangun untuk menyatakan azam masing-masing. Lepas tue sampai la giliran member si penulis nie. Dia nie dok setaman dengan dengan penulis la kiranya. Dia nie memang nakal sikit. Dia cakap azam tahun baru nie ialah nak jadi anak yang baik dan tak nak bagi mak dia marah. Punya lah serius masa tue. Penulis masa tue berfikir la boleh ker mamat nie buat mak dia tak marah padahal ada ja benda yang bikin mak dia mengamuk. Tapi kalau dah cara cakap macam serius boleh la kot. So sesi persekolahan pada hari tersebut tamat la. Okeyh dipendekkan cerita malam tersebut penulis seedang lepak-lepak dengan memember die la. Tengah sedap menyembang datang la member penulis kat sekolah tadi, tercungap-cungap berlarike arah penulis. Mamat tue bagitau yang dia nak menumpang tido di rumah penulis sebab mak dia mengamuk. Nie dah kes parah nie. Tetiba jer penulis teringat azam si mamat nie pagi tadi. Bukan main lagi tak nak buat mak marah tapi malam tue jugak mak die mengamuk. Malam tue penulis tanyala punca mak mamat tue marah. Dengan seriusnya dia citer. Malam tue dia ngan adiknya dah buat satu eksperimen pelik. Eksperimen tersebut ialah cuba pakai seluar dalam mak dia. Adik dia masuk sebelah kiri dan dia masuk sebelah kanan. Muat tue. Diorang pun apalagi gelak besar la sebab seluar dalam mak dia yang terlampau besar tue boleh masuk dua orang sekaligus. Tiba-tiba mak dia masuk bilik. Apalagi ketawa besar tue tetiba bertukar dengan lolongan besar. Mak dia masa tue dah merah padam dah sambil memengang tali pinggang. Adik dia memang kena sebab tapi dia sempat lari.  

Hahhaha..Giler punya brutal la eksperimen nie. Memang mencari bala betol. Okeyh mau sambung buat keje. Hehehheeh

5 comments:

Roronoa Zoro said...

perh.. eksperimen merbahaya tue.. ahahhaa..

laki ke pompuan tue?? dalam mjalah maner?

MISH LOLIPOP said...

laki la..mjlah ner dh lupa lak..jmpa cebisan2 jer bleh bca

Kniedaz said...

eksperimen ni hanya sesuai untuk budak2 yang nak kena rotan free..hehe

sophie said...

Bengong tol eksperimen tu! tade keje lain diaorang nie

MISH LOLIPOP said...

@sophietaw xper..keje xda la tue..xpsal mgamuk