Monday, May 31, 2010

Opss!! Tersalah hantar mesej!!

Selamat Sejahtera Semua...


Dah bersawang blog nie walaupun baru tiga hari gua tak mengupdate. Banyak entry baru yang gua tak sempat nak skodeng. Maaf kawan-kawan. Biasa la line fon umah dah dipotong makanya streamyx pon tak leh guna gak. Weekend pon tak da per yang gua buat. Sekadar menghadiri kenduri jer. Jom Heboh pun gua tak layan. Malas nak pergi terkinja-kinja disitu. Panas lak tue. So langsung gua tak jejak kaki disitu.


Pepagi lagi gua layan radio ERA FM. Dina sorang jer pagi tue. Mana 3 Abdul ntah. Agak boring gak tapi topik pagi tadi ialah tersalah hantar mesej. So masa dengar gua dah terpikir nak citer kat lu semua mengenai kejadian gua tersalah mesej. Dah lama kot benda tue tapi gua still ingat lagi.


Macam nie, masa tue gua baru form4. Alamak!! Kantoi lak gua bawak fon. Hehehehe. Memang gua dok hostel masa tue. Gua bawak fon la. Langgar jer la peraturan. Bukan luak pun kalau gua langgar. Masa tue gua couple dua orang. Sorang dok KL dan sorang lagi dok Kedah. Ala... Gua memang playgirl skit. Nie semua sebab ex-boy gua yang playboy. Gua pun balas balik la. Semua boy macam tue. Playboy jer. So masa tue gua pun malas nak setia pada yang satu. Gua couple la dua orang.


Kalau couple banyak nie pandai-pandai la nak berlakon kan. Berlakon ala-ala setia la. Satu hari gua mesej la. 


Abg, ayg da keje skit. Nti ayg msj abg k.
(Sila baca dengan gaya yang gedik)

Gua sent la. Masa tue gua tak tengok gua antar kat saper. Pastue dia reply. Gua heran naper mamat nie reply padahal gua antar kat BF gua yang sorang lagi. Gua cek balik mesej sent tadi. Tengok-tengok gua salah sent. Nasib la masa tue gua guna AYG ABG bagi dua-dua BF gua. So tak da la gua rasa kantoi. Huhuhu. Selamat gua. Tak da la nak kantoi. Sejak tue gua mesti cek betol-betol sebelum antar mesej. Tapi kadang-kadang gua salah gak sent. Tapi nasib dekat kawan-kawan gua ja. Tak da la rasa paper.

Gua menyampah dekat boy yang buat-buat salah antar mesej padahal niat lain. Macam saja ja nak  tengok respond girl tue kan. Kadang-kadang gua layan gak yang salah antar mesej tue. Nak tengok per yang dorang nak sebenarnya. Tengok-tengok dorang just nak berkenalan ja. Hampeh tol la. Berkenalan pon elok-elok skit. Buat-buat salah mesej lak. 

Gua penah tersalah kol adik gua. Bila angkat suara boy. Gua pelik la. Aik apasal lak boy yang angkat. Tak per la gua buat tak taw. tengok-tengok boy tue antar mesej. Gua cakap gua salah dial nombor. Pastue boy tue cakap la yang gua saja buat-buat salah nombor padahal nak mengorat dia. Waaaaaaa!! Gua geli beb. Gua memang salah nombor nak buat camner. So lu semua da tak tersalah antar mesej???

Gua tak taw entry nie tentang per. Merepek jer gua tengok. Delete jer la. Bye!!

5 comments:

CikMomo said...

haha,i pon penah gak salah antar msg :P nk antar kat mak,tapi terantar kat bf. wakakaka XD

Aujinz said...

hahahha..

gua tak salah anta mesej beb, tapi ade awek salah anta mesej kat gua..

gua ingat gua nak buat entri gak aa pasal salah anta mesej nie..hikl hik hik...

saya_arief said...

best nye dapat g situ..
alamak..
t'salah komen plak..
hahaha.

Kniedaz said...

ble bergaduh kalau salah msg nih...bahaya

Unknown said...

ahahha.. aku pernah jek nak kol bf ter kol atuk aku..adehh..mcm mane aku leh slh tekan ntah..tetibe dgr suara atuk aku..terus aku buat2 ckp ngan dia lah..ahahahaa