Tuesday, May 18, 2010

ASAL USUL LIQUID PAPER

Selamat Sejahtera Semua..


Dah lama nampaknya aku tak update blog nie. Bersawang nampak. Taik lembu pon merata dah nie. Apa punya lembu nie tak reti nak berak dalam jamban. Penat ja antar pi kelas tapi berak merata gak. Tak da fungsi la aku buat jamban pon. Tetap berak merata. Okeyh aku bohong. Jom kita tengok ASAL USUL LIQUID PAPER.


Selama nie aku tak pernah kisah pon liquid paper nie asal dari mana. Sapa mak pak dia. Di hospital mana dia dikeluarkan. Tapi hari ini aku nak siasat asal usul liquid paper. Okeyh hampa taw tak macam mana liquid paper ini boleh tercipta?? Sapa taw angkat tangan. Okeyh turun tangan balek dan pi mandi. Busuk lak ketiak hampa nie. Hahahahha.


Okeyh. Sebenarnya liquid paper nie merupakan hasil buah fikiran seorang gadis. Seorang gadis ya kawan-kawan yang bernama Bette Nesmith Graham (1922-1980) dan dia merupakan seorang yang kurang mahir dalam menaip. Maksudnya dalam taip menaip nie dia akan melakukan banyak kesalahan. Walaupun dia kurang mahir dalam menaip tapi dia seorang setiausaha. Jadi nak tak nak si Graham nie akan banyak bekerja dengan mesin taip.


Masalahnya ialah dia kerap melakukan kesilapan. Lagipun mesin taip nie kan tak boleh padam. Kalau dah tersilap terpaksa la menggantikan dengan kertas yang baru. Kalau salah jer kena tukar so makin lambatlah kerjanya nanti.


Ideanya untuk menyelesaikan masalah tersebut timbul apabila melihat pengecat pintu yang dengan mudah menyapu cat ke atas kesan comot dan kesilapan pada hasil kerja mereka. Kemudian, dia telah mempraktikkan menaip di atas kertas berwarna merah. Bila dia melakukan sesuatu kesilapan, dia akan menggunakan pewarna kukunya untuk memadamkan kesilapan tersebut.


Graham berpendapat bahawa teknik tersebut amat sesuai baginya. Dia terus menggunakan cat berwarna putih yang berasakan air yang dinamakan Mistake Out. Pada tahun 1956, ciptaan Graham menjadi begitu popular. Apabila permintaan terhadap ciptaannya itu meningkat, dia telah menukarkan nama rekaannya itu kepada Liquid Paper dan memohon untuk mendapatkan paten dan tanda dagang.

4 comments:

akuvision said...

saya tiada bantahan yang arif

Sufi Asri said...

perhhh.. baru kami tau.. =D

Redbloodsnow said...

ooooo gitu ea rupernyer sejarah liquid paper. baru zie taw..hehe

Bro Framestone said...

cam tue ceritanya... bro baru tahu

BroFramestone Blog