Selamat Sejahtera Semua..
Kali nie gua nak citer mengenai 8 PANTANG BESAR DALAM BERDIET. Gua tak da masa nak diet-diet nie sebab badan gua kecik. Berat tak pernah nak naik tapi perut still berlapis-lapis. Dah macam kuih lapis dah gua tengok. Hahhaha. Gua pernah cakap kat member yang gua nak diet. Sekali dia kasi ceramah kat gua. Dia cakap badan lu nie kecik nak diet pe benda. Yela badan ja kecik molek tapi dalam siapa tahu. Hahahah. Ewah melalut nampak. Jom kita tengok 8 PANTANG BESAR DALAM BERDIET.
NASI
Segala keturunan nasi la. Tak kira nasi putih ka, nasi goreng ka, nasi USA ka. Keturunan nasi nie memang kaya dengan karbohidrat. Bila kandung karbohidrat nie terlampau banyak maka ia akan bertukar menjadi lemak. Lepas tue lemak nie sure akan menambah berat badan kita. Sebab tue ramai gua jumpa orang yang diet mesti tak makan nasi. Tapi kalau diambil secara bijak tak da la jadi camnie. Cukup sekali sehari makan nasi. Kalau nak diet jugak tapi tak tahan tengok nasi baik gantikan ja dengan sumber karbohidrat yang lain seperti tosai, capati roti dan sebagainya.
AISKRIM
Adoyai. Yang nie memang terliur gua tengok. Aiskrim. Yummy. Tambah-tambah cuaca panas nie lagi sodap. Ditambah pulak makan dengan gaya menggoda. Fuhh. Meletop beb. Hahhaha. Tapi ingat kalau terlampau 'layan' sangat mampu merosakkan diet korang. Kalau la tak tahan sangat tengok aiskrim yang seksi nie elok la makan sikit ja. Tak pon makan jer la yogurt. Tak pun pilih jer la yang rendah lemak. Bagus tue. Tapi gua tak kira jugak. AISKRIM SATU!!!
HOT DOG
Seterusnya ialah hot dog atau dalam bahasa jawanya 'Anjing Panas'. Erkk. Tak senonoh betul kalau ditranslatekan. Sopan gua guna Hot Dog yer. Anjing panas Hot dog nie gua tengok dah jadi feveret manusia zaman sekarang. Gua pun dah lama tak merasa. Senang untuk dibuat. Ringkas dan sedap kerana anjing panas ia hanya mengandungi mayonis dan sosej. Sayur sos bagai tue lantak la nak bubuh ker tak. Tapi sebenarnya hot dog nie bukan saja mengandungi lemak yang tinggi tapi juga mempunyai kandungan sodium yang tak baik untuk kesihatan. Tapi kalau nak juga elok buat kat umah. Caranya korang boleh potong dua sosej tue dan lupakan mayonis. Erkk Tentu tak sedap. Heeeee.
COKLAT
Yang nie paling aku tak leh tengok. Coklat. Meleleh dah air liur aku nie kena keyboard. Hehehhe. Punya la sedap. Tapi awas da juga yang mengatakan coklat boleh mengemukkan badan. Betol ker? Coklat mengandungi kandungan lemak, gula dan kalorinya yang tinggi.
MINUMAN (soft drink, iced coffee,cocktail dan smoothies)
Yang nie merupakan satu kesalahan besar dalam situasi diet. Yela air je kan mampu ker buat kita gemuk?? Padahal sebenarnya kalori dalam bentuk cecair sangat mudah buatkan badan korang kembang. So lebih baik gantikan susu badan pekat manis dengan susu low fat sebab ia akan membakar banyak kalori. Tapi aku hentam jugak makan susu pekat manis. Hoho
SOLID SALAD
Ada jugak yang diet makan salad tapi bising cakap tak perubahan. Dok gemuk camtue jer. Naper ek?? Mau taknya nama ja salad tapi dalam tue taruk macam-macam. Taruk ayam la, kentang la, keju beserta mayonis. Adoi sama jer la kalorinya dengan nasi. Menurut sorang profesor dari Universiti Bonston, Joan Salge Blake, dia kata kalau nak betul-betul diet cukuplah ambik sayuran segar beserta light mayonis. Baru la namanya diet.
SANTAN
Mak gua kalau masak gulai mesti letak santan. Memang orang Melayu masak papa masuk santan. Sebab santan lebih berlemak dari dok guna susu cair la dan macam-macam la sebagai pengganti santan. Jadi lebih baik gantikan saja dengan sup, stim atau apa apa sajalah masakan yang tak berunsurkan santan. Tak pun gantikan saja dengan susu cair. Errkkk. Aku tak kira santan jugak. Heeeeeeeeeeee
MAKANAN YANG DIPANGGANG
Steak ka, sate ka, daging burger ka serta seangkatan dengannya memang la terangkat kan. Macam sate la memang superb punya. Tapi sayangnya kena lak berhati-hati dengan lemaknya. Makanlah dengan kuantiti yang sederhana dan makanlah dengan sayur-sayuran.
NotaKakiKurap: Biar boroi asal kenyang. Erkkkk..