Thursday, March 18, 2010

BUKAN NIATKU SYG...

Kehadapan Jantung Hati Ku,

Maaf ku wahai sayangku. Bukan niat aku mahu curang pada mu sayang tapi aku terpaksa sayang. Puas aku memikirkannya tapi aku tidak mempunyai pilihan lain. Aku terpaksa memilihnya. Bukan untuk kebahagiaan aku saja tapi demi kebahagiaan kita sayang. Aku dah berusaha sebaik mungkin memulihkankan hubungan ini. Tapi aku sudah tidak berdaya. Yang kuharapkan langsung tidak membuahkan hasil.

Sayang...

Aku tak berniat mahu menyinggung perasaanmu apatah lagi menyakitkan hatimu yang suci mencintaiku. Tapi aku terpaksa sayang. Ya memang aku ego. Aku memilihnya demi kepentingan ku. Tapi dalam hati ini hanya ada kamu sayang. Kamu saja dihatiku. Tiada siapa yang dapat merebut hatiku ini. Dan dia hanya tempat aku mencurah perasaan. Kerana kau semakin hari semakin sepi. Sepi dari hidupku ini. Kau seperti merajuk apabila aku meyampaikan hasrat hatiku untuk memilih dia.

Sayangku..

Setiap malam aku menunggumu namun kelibatmu langsung tidak dapat ku kesan. Naper sayang. Tegakah kamu melihat penderitaan yang ku tanggung ini. Kau seperti menyalahkan aku kerana aku memilih dia. Besar sangatkah kesalahan aku itu?? Besarkah sayang??

Aku sudah tidak sanggup lagi menangis menantimu siang dan malam. Jangan salahkan aku kerana memilih ADVERLETS. Tapi percayalah dalam hati ku ini hanya kau NUFFNANG ku yang satu.

Dari Kekasihmu,
Blogger



NotaKakiKurap:Adoi sebab mangkuk tue kata aku jiwang maka jiwanglah aku..hahahha

No comments: