Wednesday, June 9, 2010

SIAPA LAGI BODOH??

Situasi :
Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.


Kesimpulannya, siapa yang bodoh di sini?? Renung-renungkan dan selamat beramal.

5 comments:

Aujinz said...

hehehhehe..

semua bengong...
hahahhaha...

daisy said...

gila bodoh semua sekali ha..ha..

azuan said...

semua cam bodoh~

saya_arief said...

ades..
mengom betui..

kodok hijau the ghost writer said...

kodok rasa..kodok yang kebengongan.. hahahaha