Wednesday, June 2, 2010

::ENTRY YANG KE 100::

Selamat Sejahtera Semua...


Hari ini cukup 100 entry yang berjaya gua tulis sejak pembukaan blog nie pada 4 Februari 2010. Dah hampir 4 bulan gua berblogging dan banyak bloggers yang sudi menjenguk ke blog gua nie. Thanks semua yang sudi menjenguk serta komen dan juga follow blog gua nie. Dari mula-mula gua blogging gua pakai shortform (betul ntah eja) sehinggalah sekarang gua dah tulis penuh-penuh. Senang orang nak baca kan. Tak da la orang nanti paham benda lain bila gua tulis secara short-short nie.


Sebenarnya gua bukan nak cerita pasal blog gua tapi nak cerita mengenai per yang dah jadi kat gua semalam. Gua sedih siot. Gua tak taw nak buat per. Nak cerita kat orang lain takut orang salah faham so biarlah gua cerita kat sini jer lah. 


Semalam memang gua tak sengaja gua tersilap hantar mesej dekat someone. Orang yang gua lama dah sayang. Gua hantar mesej kat member nak minta bayar hutang tapi gua tersilap hantar kat dia. Gua memang gelabah gila. Gua takut dia pikir lain jer. Then dia cakap la bila gua boring mesej dia gua mesej ngan jantan lain. Gua explain kata gua tersilap hantar. Gua mesej pon sebab nak tuntut hutang nak guna duit tue. Tapi dia tak nak caya. Memang semalam gua sedih. Then mesej yang gua hantar nampak macam gua berlakon jer sedih. Nak meraih simpati. Tapi tak gua memang sedih gila. 


Dia mesej gua macam-macam. Dia cakap dia dah tawar hati dengan gua. Dia tak nak gua mesej dia lagi. Dia cakap tak payah nak berlakon buat-buat sedih lagi dan macam-macam lagi. Gua tak sanggup nak papar mesej dia kat sini. Sedih gila baca. Paling gua tak leh tahan bila dia kata pergi jahanamlah. Perasaan gua masa tue tak leh nak gambarkan. Sedih yang amat. Gua manusia gak. Gua ada hati dan perasaan. Gua bukan batu . Gua tak pernah cakap kasar. Nak guna aku ko pun ngan dia tak sampai hati. Tapi dia tak pernah nak pikir pasal perasaan gua. 


Bila gua bangun jer pagi tadi, gua harap semua tue mimpi. Tapi tak. Semua yang jadi semalam tue memang betul. Bila gua mesej dia pagi nie langsung tak da respon. Pagi-pagi lagi gua dah mendung camnie. Tapi thanks pada member-member bloggers gua. Bila gua buka jer blog gua nie, gua baca komen-komen, gua dah boleh tersenyum. Tengok muka gua ceria memanjang tapi dalam hati saper pon tak pernah tahu. Gua masih berharap yang semua nie akan berakhir. 

10 comments:

::ienafazlyna:: said...

sabar..time gaduh memang cam tuh..semua ayat pun terkeluar..bukan nak pikir..i pun pernah kena herdik ngan perkataan "hei, perempuan"..ee..sakit hati dgr tu Tuhan je lah yg tahu..biarkan je die insaf sndiri..buat tak tahu je ngan die dulu..

MISH LOLIPOP said...

thanks iena..mmg bt xtaw tp yela hati nie xleh nk dok diam..ase yer dh xda paper dh kot ngn dia..dia jer dr smlm..

kak ina kl said...

amboi cepatnya dah sampai N3 ker 100..berapa kali ek update satu hari?

MISH LOLIPOP said...

@kak ina klhoho..nk updte nie ikot ska la bper arie..tp skrg sy sllu updte 2 kali shari..ikot krajinan gk la..heeeee

Sang Karipap said...

Tu dia..gaduh smpai suruh org pegi jahanam...lek2 la kot ye pun..

anyway apesal entry ke 100 sedih2 ni..buh la elemen2 yg hepi2 sket..haha

Kie-yu said...

conrats! entry ke 100
tapi xmoh la sedey2
nnt ok la tu
'dia' majok xlame
*pandai2 je aku*
chill k!

Roronoa Zoro said...

hmm.. sabo je lah... aku kan ada.. jadikanlah aku pngantinya.. wahahahaha... :D

FyZa said...

sabar ye..bg dia bg..jgn push sgt..nti dia sedar la 2..jgn sedey2 taw..=)

ishiko said...

singgah..singgah..
wwaahhh... da ke-100 eeyh, taniah !!

Aujinz said...

takmo sedey sedey..

nanti kita lepak pekena nasik kandaq beratuq na..

errr..

hang kat mana?

[tetiba hilang gua lu gua lu..]