Wednesday, June 30, 2010

I MISS YOU!!!

I MISS YOU

I MISS MY BLOG SO MUCH
BILA PTPTN NAK MASUK

NAK BELI BERUKBAND
SENANG NAK MELEPASKAN RINDU DEKAT BLOG
 

Monday, June 28, 2010

BILA BERUPDATE DI LIBRARY

Selamat Sejahtera Semua...

Hari ini tanggal 28 Jun 2010 genap umur aku 20 tahun 2 hari. Hehe. Sebenarnya aku nak saper-saper yang tak wish lagi bufday kat aku sila wish yer. Kalau tak aku rompak blog dia. Hahaha. Secara muka tak malu aku memaksa hampa-hampa semua supa wish kat aku. Bufday aku 26 jun 2010 yang lalu. So tak ramai pon yang wish. Hadiah pon tak dak. Sedih beb. Tak da orang yang nak ingat. Sobsobsob.

Hurm. Sebenarnya blog aku dah naik bersawang dah nie. Blog kawan-kawan pon aku dah lama tak melawat. Sory ya. Sekarang aku juz update blog dekat library tak pon cc ja. Kat umah tak payah la tanya sebab pa streamyx still tak leh pakai lagi. Benci aku. Berukband??? Tunggu duit PTPTN baru boleh merasa jadi berukband. Huh!! Benci bila tak dapat nak update blog. Rindu betol la. 

So pagi nie kelas dibatalkan pulak. Adui benci betol la. Dah la penat-penat drive, bangun awal lak tue. Aleh-aleh kelas cancel. Menyampah tol. Kalau dok dalam tak per gak. So terpaksa menapak di library. Sambil-sambil tue boleh la mengupdate apa yang patut terutamanya facebook dan blog. Tue priority la. So kejap lagi kelas per ntah sampai kul 2 then nak kena hantar kawan shopping kat Changloon baru boleh berehat-rehat di rumah. Okeyh papai semua..

Wednesday, June 23, 2010

THE LAST DAY

Selamat Sejahtera Semua...

Dah lama rasanya aku tak update. Blog nie pon dah bersawang. Sori aku busy sket dengan kerja-kerja yang aku kena buat sebelum aku sambung study balek. So hari nie hari last aku. Sok aku akan mendaftarkan diri untuk pengajian tahun ketiga iaitu semester lima. Kejap jer dah nak abis. So buat semua kawan-kawan aku minta maaf sebab tak sempat blogwalking dan melawat blog korang. Ada masa nanti aku melawat keyh. Papai semua. Sayang kamu ketat ketat. Muaaaahhhkksss

Friday, June 11, 2010

INTERVIEW



Situasi :Daud sedang di interview di sebuah syarikat 

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : Daud

Pegawai : Cuba ceritakan tentang keluarga saudara.

Daud : Saya 2 beradik. Adik saya masih belajar di Kampung. Orang Tua saya tinggal di Perak. Nenek dan datuk saya dari belah ayah tinggal di Perlis. Nenek dan datuk dari belah ibu pula tinggal di Johor. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka.

Pegawai : Apakah saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : Yes, sir.

Pegawai : Now tell me about your family in English.

Daud : Sorry sir. I don't have family in English . They're all living in Malaysia.

Thursday, June 10, 2010

CARI AKU SAMPAI DAPAT

Selamat Sejahtera Semua...


10 Jun 2010 merupakan hari kedua terakhir sebelum aku menghabiskan praktikal aku disini. Kejap lak aku rasa. Pejam celik pejam celik dah 6 bulan aku dekat sini. Wah lama tue kan. Yela dulu masa mula-mula masuk nak jer cepat-cepat habis praktikal. Tapi sekarang rasa cepat lak. Rindu siot kat kawan-kawan. Rindu nak study balik. Masuk kelas, bangun awal, panjat tangga nak pergi kelas. Fuhhh memang rindu siot beb. Tapi satu jer yang aku rasa tak berapa nak best. Report aku tak siap. Wahhh gila betol aku nie kan. Orang lain dah siap semua aku nie... Bukannya tak siap mula pun tak lagi. Hehehe aku tipu. Aku dah buat tapi separuh jer. Bayangkan report yang 80 ms ++ tue aku nak tulis per?? Ada idea?? Kalau setakat tulis per yang aku buat selama praktikal nie satu muka surat pun dah abis. Nie nak mengarut apa?? Nak tulis aku blogging, berfacebooking, bertaggeding, bermyspaceing, berGengBloggering?? Gila la kalau aku buat camtue. Cari mampos??


Okeyh sempena aku nak melepaskan tension nie aku nak korang yang deria penglihatannya tajam tak rabun macam aku, sila cari aku yang mana satu dekat gambar yang bawah nie. Cari yer saper dapat gitau. Okeyh papai.




Klu: Berbaju kurung berwarna emas dan berada disebalik seseorang?? Anda tahu?? Disebalik siapakah aku berada?? Cuma beritahu warna baju orang yang aku duduk disebaliknya. Selamat Mencuba....

Wednesday, June 9, 2010

MULAI HARI INI AKU NAK BERSARA DARI DUNIA BLOGGING

Selamat Sejahtera Semua...


Tinggal lagi dua hari lagi untuk aku menghabiskan sisa-sisa toksik hidup aku di tempat aku praktikal. Semakin lama aku semakin pening. Report lagi tak siap. Then takot gak kalau penyelia aku bagi markah sikit. Kalau dia baik hati aku bersyukur sangat-sangat. Nie aku takut kalau dia ambik serius dan langsung tak nak bagi can untuk aku lulus dengan cemerlang. Sungguh kedekut. Ala markah jer pon. Tak luak sikit pon. Per salahnya berbaik baik dengan aku sebelum aku blah dari sini.


So berkenaan dengan tajuk di atas (betul ker ayat nie??) memang aku nak bersara dah. Dah hantar dah surat resign dekat tokey blogspot. Pada mulanya dia merayu tak nak bagi aku resign. yela budak kiut miut macam aku nie susah nak cari. Tapi ego beb. Aku buat tak taw jer. Then tokey blogspot nie cakap la kalau aku nak resign boleh tapi dengan syarat la. Aku pun tak kesah la janji aku boleh resign dah la kan. So syaratnya, aku kena wariskan blog aku nie kepada sesorang. Wah macam aku nak gie mati jer. Padahal aku nak resign jer. Jadi aku pon wariskan blog aku nie kepada.............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sepeninggalan aku nie korang jangan nakal-nakal yer. Sayang korang ketat-ketat. Peluk cium sekali. Papai

SIAPA LAGI BODOH??

Situasi :
Dua orang Datuk ahli perniagaan telah membuat perbincangan di sebuah hotel ternama. Sebelum mereka berbincang mengenai perniagaan, mereka berbual kosong mengenai diri masing-masing.

Datuk A : Datuk B, saya ada masalah sikit sebab driver saya tu bodoh sangatlah.
Datuk B : Datuk A, driver saya lagi bodoh.
Datuk A : Kalau begitu kita panggil driver kita, tengok siapa yang lebih bodoh.

Datuk A pun memenggil drivernya masuk ke bilik.

Datuk A : Mat, kau ambil duit RM10.00 pergi beli sebuah Mercedes mata belalang!
Mat : Baik datuk (terus keluar bilik)
Datuk A : Tengok! macam mana bodohnya driver saya.
Datuk B : Itu tak berapa bodoh, driver aku lagi bodoh, Datuk A tengoklah nanti.

Datuk B terus memanggil drivernya supaya masuk.

Datuk B : Abu, kau balik rumah saya sekejap, kau tengok ada tak saya kat rumah.
Abu : Baik datuk (terus keluar)
Datuk B : Datuk A tengoklah, saya tercongok kat sini dia tak boleh fikir.

Kedua-dua driver tadi bertemu di lobi hotel.

Mat : Abu, Datuk A tu bodoh betul laa... ada ke dia suruh aku beli mercedes mata belalang, kan hari ni hari minggu, kedai semua tutup.
Abu : Datuk B lagi bodoh, dia suruh aku balik tengok dia ada tak kat rumah? Dia ada h/phone, sepatutnya dia telefon aje lah.


Kesimpulannya, siapa yang bodoh di sini?? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, June 8, 2010

MASALAH PENDENGARAN

Situasi: Kejadian ini berlaku disebabkan kesalahfahaman bagi kedua pihak tersebut.


Caller: Hello. Can I speak to Annie Wan (anyone)?
Operator: Yes, you can speak to me.
Caller: No, I want to speak to Annie Wan (anyone).
Operator: You are talking to someone. Who is this?
Caller: I'm Sam Wan (someone) and I need to speak to Annie Wan (anyone). It's urgent!
Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?
Caller: Well. Just tell my sister, Annie Wan (anyone) that our brother, Noel Wan (no one) was involved in an accident. Noel Wan (no one) got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.
Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!
Caller: You are so rude! Who are you?
Operator: I'm Saw Lee. (sorry)
Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!

Monday, June 7, 2010

CONTEST: SOAL DAN JAWAB

CONTEST INI DITAJA KHAS OLEH PEJUANG KESENIAN EXTREME


[1] Bagaimana rupa logo Pejuang Kesenian Extreme? Tunjukkan.


[2] Sukan yang menjadi kegemaran Pejuang Kesenian Extreme?


[3] Superhero yang pernah diulas oleh PKE di dalam entri.


[4] Siapakah mamat yang berada di header atas blog PKE ini? Letakkan gambar beliau yang diambil dari sumber lain beserta namanya sekali. (Edit dan letak namanya)


[5] Entri kegemaran anda di dalam blog ini yang anda suka untuk membacanya. 
[Berikan screenshotnya]


[6] Ada membuat entri berkenaan dengan tarian. Apakah tarian itu?


[7] Ada satu gambar tengkorak didalam entri yang ditulis baru-baru ini (bulan lepas). Copy dan paste gambar tersebut sebagai jawapan disini. Jangan salah tekan, buruk padahnya.



[8] Ini korang teka je. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang paling PKE segani sekali dan PKe jadikan sebagai idola. 





Nak join?? Sila klik di SINI ataupun klik banner diatas. Hoho selamat mencuba.

Friday, June 4, 2010

ENTRY YANG PALING PANJANG SELAMA GUA BERBLOGGING

Selamat Sejahtera Semua..

Nie entry aku yang paling panjang pernah aku tulis..

Terima Kasih..

NotaKakiKurap: Entry yang pernah aku buat dulu. Kopipes ja la. Boring. Toink Toink

Thursday, June 3, 2010

BILA PEROMPAK DILANDAH MUSIBAH

Selamat Beristrirehat Semua...


Gua berehat jap dari mencari artikel-artikel untuk membuat report lengkap LI. Sungguh boring tapi gua buat sebab nak busykan diri dari ingat dekat dia. So tension. Cek gua dah bankin tadi masuk akaun. Maybe 3 hari lagi baru masuk akaun. Duit tue gua ingat nak buat contest tapi gua batalkan dulu sebab banyak benda yang gua perlu setel. Lesen gua mati then gua nak guna untuk buat report LI nie. Nak print lagi la and bla bla bla.


Serius gua cakap gua still ingat dia. Masa lunch time selalu kuar sama. Tapi sekarang tak lagi. Gua makan sorang-sorang jer. Bila bunyi jer fon gua cepat-cepat tengok. Yang gua harap dia mesej tak pon kol gua tapi tak da pon. Masa balik lunch mata gua merayau-rayau jer tengok kat ofis dia kot-kot   ternampak dia. Tapi hampa jer. Dah hilang camtue jer. Sebak gak bila ingat tapi gua mesti kuat. Gua tak nak lemah gemalai ker per benda la. Gua kena senyum. Kena gelak setan balik. tapi gua tahu gua buat semua tue pura-pura ja. Gua tak mampu nak bohong hati gua yang gua dah lupa semua tue.


Gua tengok gua sekarang makan banyak. Memang la kalau gua da masalah memang gua makan banyak. Sebab tue gua gemuk. Pipi dah tembam perut dah boroi. Tapi gua tetap pendek. Wah tak leh jadi. Camner gua nak jadi tinggi?? Da tak alat untuk meninggikan seseorang. Makan Kalsiyum pon tak da efek. Dok macam tue jer. Saper taw nak tinggi camner???

CEK DARI ERA?? BIAR BETOL??

Selamat Sejahtera Semua...

Pagi nie gua still rasa sedih lagi. Petang kelmarin balik umah jer gua terus kol dia. Langsung tak angkat. Terus direject. Sedih gua. Sekurangnya angkat dan explain bagi gua paham tapi dia still buat bodoh ja. Semalam gua dah tak nangis dah tapi still sebak tue rasa. Semua benda yang gua buat semua ingatkan gua kat dia. Bila gua ambik earfon nak dengar lagu teringat kat dia sebab earfon tue earfon dia. Dia kasi kat gua. Dah la gua tak nak cerita camnie la. Bak kata Sang Karipap tak cool la ketua perompak sedih kan. Waaa... (T___T) Sudah namo nangis dah.

Sebenarnya gua nak cerita something. Semalam tengah hari gua dapat satu envelope. Pakcik GDEX hantar kat ofis gua. Dia cakap memang gua sendiri kena sain la. Gua pon dah dapat gua bukak la. Tengok dalam tue ada satu cek. Cek ja. Surat atau notis paper gua tak dapat. Gua heran la. Cek per nie?? RM100 lak tue. Gua pikir la. Dekat envelope tue da alamat. Gua ingat gua dapat kerja sebab kat alamat tue ada la tulis PROGRAMMING. Tue gua punya course kat poli. Tapi tak da la gua dapat cek. Then gua tengok alamat tue da tulis ERA FM (103.3). Gua syak dari ERA FM la. Tapi gua tak taw menang per. Gua takut gua kena kencing jer. Mana tau sapa-sapa bengap hantar nak pekena gua. Memang bangsat la.

So pas tue gua buka laman web ERA. Gua godek-godek situ tapi gua tak taw menang per gak. Then gua ambik keputusan gua hantar emel kat ERA. (Bukan ERA FAZIRA ya) Gua tanya la bla bla bla. Then pagi nie gua buka emel tapi langsung tak da balasan. Gua syak memang gua kena kencing hidup-hidup nie. Tapi pastue gua dapat emel.






Photobucket


Rupanya gua menang Jangan Lupa Nyanyi Versi Web di web ERA FM. OMG. Gila tak sangka slogan bodoh-bodoh yang gua letak tue free-free jer menang. Hoho. Best. Nie jawapan yang gua menang.


Photobucket
Photobucket
Photobucket
So memang tak sangka la. Free-free dapat RM100. Dah la gua memang tengah sengkek nie. Thanks ERA FM. Caya lu beb. Hoho.


NotaKakiKurap: Untuk entry giveaway Kie-yu dan Perfumeberry sok gua buat sebab gua tak sempat snap pic giveaway tue. Hoho Jangan marah ek. Oh ya untuk pic cek tue gua taj sempat snap gak. Nanti duit law sempat gua snap la. Hehehe

Wednesday, June 2, 2010

AKU TAK MAMPU BERHENTI

Selamat Sejahtera Semua...


Thanks a lot kepada yang sudi komen entry gua yang nie. Gua baca gue sedih gila. Gua tulis entry nie sambil menangis. Poyo jer gua nie sekarang. Siap nangis-nangis lagi. Gua tak taw nak kata per. Gua langsung tak lunch. Tak da selera padahal perut gua dah sakit sebab tak makan. Bayangkan gua nak balik umah petang nie gua kena lalu ofis dia. Gua memang tak sanggup. Nasib gua da seminggu lagi jer nak dok sini. Lepas nie gua dah nak blah. Gua tak nak dok sini. Gua sedih gila. Gua benci lelaki camnie. Bila gua sayang macam nie gua dapat. Suka sakitkan hati. Tak da ker lelaki yang taw menghargai pempuan. Dah la gua kat ofis nie. Mau bos nak jumpa gua naya la. Mata dah sembab. Nampak sangat kesan nangis. Gua rasa nak buang jer henfon nie. Menyampah gua tengok. Setiap masa gua tunggu dia kol tak pon mesej tapi tak da. Ego dia tinggi sangat sampai apa yang gua buat semua salah. Bila gua terus terang gua kena marah. Bila gua tak terus terang gua kena marah gak. Sampai gua tak tahu per yang perlu gua buat. Gua tak leh tulis entry nie dah. Gua sedih gila. Pada yang komen gua nanti gua komen lu orang balik. Kepala gua pening.

::ENTRY YANG KE 100::

Selamat Sejahtera Semua...


Hari ini cukup 100 entry yang berjaya gua tulis sejak pembukaan blog nie pada 4 Februari 2010. Dah hampir 4 bulan gua berblogging dan banyak bloggers yang sudi menjenguk ke blog gua nie. Thanks semua yang sudi menjenguk serta komen dan juga follow blog gua nie. Dari mula-mula gua blogging gua pakai shortform (betul ntah eja) sehinggalah sekarang gua dah tulis penuh-penuh. Senang orang nak baca kan. Tak da la orang nanti paham benda lain bila gua tulis secara short-short nie.


Sebenarnya gua bukan nak cerita pasal blog gua tapi nak cerita mengenai per yang dah jadi kat gua semalam. Gua sedih siot. Gua tak taw nak buat per. Nak cerita kat orang lain takut orang salah faham so biarlah gua cerita kat sini jer lah. 


Semalam memang gua tak sengaja gua tersilap hantar mesej dekat someone. Orang yang gua lama dah sayang. Gua hantar mesej kat member nak minta bayar hutang tapi gua tersilap hantar kat dia. Gua memang gelabah gila. Gua takut dia pikir lain jer. Then dia cakap la bila gua boring mesej dia gua mesej ngan jantan lain. Gua explain kata gua tersilap hantar. Gua mesej pon sebab nak tuntut hutang nak guna duit tue. Tapi dia tak nak caya. Memang semalam gua sedih. Then mesej yang gua hantar nampak macam gua berlakon jer sedih. Nak meraih simpati. Tapi tak gua memang sedih gila. 


Dia mesej gua macam-macam. Dia cakap dia dah tawar hati dengan gua. Dia tak nak gua mesej dia lagi. Dia cakap tak payah nak berlakon buat-buat sedih lagi dan macam-macam lagi. Gua tak sanggup nak papar mesej dia kat sini. Sedih gila baca. Paling gua tak leh tahan bila dia kata pergi jahanamlah. Perasaan gua masa tue tak leh nak gambarkan. Sedih yang amat. Gua manusia gak. Gua ada hati dan perasaan. Gua bukan batu . Gua tak pernah cakap kasar. Nak guna aku ko pun ngan dia tak sampai hati. Tapi dia tak pernah nak pikir pasal perasaan gua. 


Bila gua bangun jer pagi tadi, gua harap semua tue mimpi. Tapi tak. Semua yang jadi semalam tue memang betul. Bila gua mesej dia pagi nie langsung tak da respon. Pagi-pagi lagi gua dah mendung camnie. Tapi thanks pada member-member bloggers gua. Bila gua buka jer blog gua nie, gua baca komen-komen, gua dah boleh tersenyum. Tengok muka gua ceria memanjang tapi dalam hati saper pon tak pernah tahu. Gua masih berharap yang semua nie akan berakhir. 

Tuesday, June 1, 2010

CONTEST: Anda PHOTOGENIC ?? Mari join contest ni ...

[CONTEST INI DITAJA KHAS OLEH CIK IZYAN IZZATY]

Selamat Sejahtera Semua...

Gua suka join mana-mana contest yang dibuat oleh bloggers. Tapi heran gua tak pernah menang. Gua tak taw sebab munasabah yer gua tak menang. maybe naseb tak menyebelahi gua kot. (T___T) Sudah gua tak kesah gua menang atau tak janji gua hepi. Hoooyeahhh.

Contest ini diberi nama oleh tuan empunya blog, CIK IZYAN IZZATY iaitu Anda PHOTOGHETIC?? Mari join contest nie... Gua langsung tak da ciri-ciri seorang yang photoghetic tapi gua memang seorang yang photogedik. Hahhaha. Banyak cakap tak guna meh tengok gambar yang paling buruk yang gua akan pertaruhkan.
-
-
-
-
-


Tengok!! Gedik kan gua. Hahahaha. Gambar nie memang gua edit la. Kalau pic ori punya kelabu skit la. Tak sedap la nak tengok. Pic nie gua ambik masa gua sem3 kira-kira tahun lepas la. Hujung tahun gak la. Tak lama sangat kot gua punya pic nie. Masa nie Majlis Hari Raya Jabatan dekat poli gua. Then sebelum gua dan classmates gua buat persembahan gua sempat posing lagi. Rayban tue member gua punya. Gua suka pic nie sebab nie lah satu-satunya pic gua yang memakai rayban. Hoho. Sila ketawa laju-laju ya. Pic nie juga la pic terakhir gua ambik sebelum Tragedi Pertumpahan Air Mata. Hehehe. SO komen skit pic nie. Mesti buruk kan. Dengan mulut ala-ala buntal. Hoho Jom sama-sama meriahkan contest nie. Syarat-syaratnya bleh tengok di SINI. Jom join. Lagi ramai lagi meriah.

Eh gua lupa gua kena tag kepada 3 orang member yang gua rasa memang gedik. Nie hah gua amek lu. Jangan marah ya. Gua pick secara random.

[1] Arief (gua rasa memang beliau selalu gedik..hehe)
[2] Aujinz (yang nie memang terserlah kegedikkan beliau..ehehhe)
[3] Roronoa Zoro (gedikkah beliau??)

Gua harap yang gua tag nie tak join la. Hehehe. Kasi gua menang ker. Hahahah. Okeyh la gua mau buat keje. Adios. Krohhhh Krohhhh