Wednesday, April 14, 2010

MADAH WANITA

"Ujar lelaki, wanita itu lemah"
"Ujar wanita, mereka adalah lembut..."


Antara lemah dan lembut...besar perbezaanya,
Namun ada yang tidak rela mengakuinya,
Telah ditakdirkan...kerana lembut wanita,
Ia tidak gemar perbalahan...kecuali dipaksa...


Lalu wanita pun diam,
Diam seolah-olah menerima,
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan,
Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja,
Di pejabat sebagai kerani...dirumah sebgai suri,
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,
Hingga jarum jam tegak bertindih jari...


Lelaki yang mengaku kuat...celik mata sarapan sudah terhidang,
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terbentang,
Isteri yang dikatakan lemah..bergelut didapur memasak,
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak,
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak,
Menyapu sampah, megemas rumah yang berselerak...


Berehat, menonton tv sambil bergelak,
Dalam diam wanita yang dianggap lemah...terus berlumba dengan masa,
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju,
Kaki tangan semua digerakkan dengan laju,
Menyiram pokok-pokok bunga yang mulai layu,
Sebelum solat Maghrib untuk sujud...menyembah Yang Satu...


Makanan dihidang selepas solat,
Selesai kerja rumah, anak-anak pula diajar mengaji,
Sedang suami tersandar semula seperti tadi,
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji,
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan...


Lelaki terpelajar celik hati...ingin menghapuskan dikriminasi,
Lantang membela nasib wanita,
Memberi kesedaran supaya segera bangkit,
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adat tradisi,
Hukum agama telah terpapar,
Tugas suami mengemas rumah..menjaga anak,
Jika suami tidak berdaya melakukannya,
Seorang pembantu wajar disediakan...


Lelaki yang hanyut dalam keasyikan,
Tidak mampu menerima perubahan,
Rela menahan bagaimana jua,
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati,
Dalam diam,
Wanita sering dianggap lemah,
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan....

No comments: