Friday, April 9, 2010

HARUSKAH AKU MENJAMAHNYA???

          Jam menunjukan pukul 7:00 malam. Ini bermakna lagi 10 minit untuk semua orang Islam di bandar Keriung berbuka puasa. Sejak pukul 5:30 petang lagi aku dah sampai ke pasar Ramadhan di kampung nenek sebelah mak aku. Tak silap aku dah berpuluh-puluh kali aku round tapi takde satu pun juadah yang berjaya menambat hati aku ini untuk berbuka. Setakat karipap inti angin tue ermm. Tak payah la. Agaknya penjual-penjual kat sini dah naik boring tangok muka aku kan??

           Aku terpandang kerusi dengan meja kosong berhampiran dengan gerai seorang pakcik yang menjual makanan kegemaran aku, tomyam. Amboi laris juga bisnes orang tua nie. Terbuka juga selera aku untuk menjadikan tomyam sebagai hidangan berbuka. Aku ingat baik berbuka disini sajalah. nak balik pon dah lambat nie. 

           "Pakcik, tomyam RM2" kataku. Pakci itu memberi sepinggan besar agak-agak aku RM10 tomyam tue. "Sedekah" kata pakcik tue. Aku dengan senang hati membayar RM2 kepada pakcik tue. Alhamdullillah rezeki jangan ditolak. Baik betul pakcik nie.

           Aku menuju ke meja kosong tadi sambil menatang mangkuk besar berisi tomyam tadi. Setelah laungan azan kedengaran, aku terus menjamah tomyam tadi dengan air teh o ais limau. Fuiyoo. Memang best giler tomyam pakcik tue. Chef Wan pon tak leh celen.

           Allhamdulillah. Keyang betul. Baru sesaat jer aku berdiri, aku terdengar riuh rendah dekat gerai pakcik tue. Aku dah naik menggelabah dah apabila aku ternampak dua orang pegawai polis menggari tangan pakcik tue. "Dengar kata pakcik yang jual tomyam tue, baru terlepas dari wad gila" kata seorang mamat yang dok sebelah aku. Tiba-tiba pakcik tue pandang kat aku. Dia jual pantun lak kat aku. "Kajang pak malau dekat Selangor, kajang aku mengkuang budu, wahai budak cubalah dengar, sedap tak tomyam aku??" Aku dah nak termuntah. Lepas tue seorang pegawai polis menuang tomyam yang ada di dalam periuk. Serta merta aku rebah sebab dalam periuk tue ada cicak, spender, selipar jepun, telinga tapir, ekzos dan juga benda2 yang sukar untuk dikenalpasti.

           Akhirnya, aku dah tak berdaya lagi untuk bangun, melainkan pengsan selama 3 jam 29 minit 32 saat. Jadi, haruskah aku menjamah tomyam lagi??

12 comments:

fahmi ibrahim said...

erk... ko dah fobia dh ni... aduh... patut la sedap tom yam tu kan... macam2 perisa tambahan pak cik tu letak

MISH LOLIPOP said...

fahmi: hahah..tue psal r..mau mntah drah r

BULLET said...

lain kali ajak member2 berbuke sekali...baru afdal...hahahaa

MISH LOLIPOP said...

bullet: okeyh set posa kli nie mish ajk bullet ek..tp bullet blnja okeyh!!!

Aujinz said...

owh...sangat sedap tomyam itu...
muahahahhahaha...

MISH LOLIPOP said...

aujinz: hahah..nie sah pnh mkn per?????

beluncas said...

tom yam memang sedap~

MISH LOLIPOP said...

tlg la..ak bca nie dh jd xska kt tomyam..hahahha
dh la tomyam pyebab aku gstrik..

Kniedaz said...

aiceh..tomyam berperisa baru..huhu

MISH LOLIPOP said...

kniedaz> nk rsa bleh r nti suh pkcik tue msak...hahhah

safiyyahosman said...

hahahahaahahahhahaah...wek!!
adeh..
cicak xtahan tue..huhuhuhuh

MISH LOLIPOP said...

kakakka..law btol gua tak taw la beb