Thursday, April 7, 2011

WHAT IS SNORT?

Selamat Sejahtera Semua...

Fuyooo.. Dah lama rasanya aku tak mengupdatekan blog aku nie. Tengok bersawang sudah. Sampah sarap bergelimpangan di merata-rata ceruk blog aku. Dah berabad aku tak update sebab busy+no idea+malas+buat2 busy dan seangkatan dengannya. Sudah meraban yer. Staright to the point terus..

Sekarang jam menunjukkan jam 07:06 pagi. Ehhh?? Biar betik?? Tengok jam balik. Iya betol la. Dah kul 7 dah nie. Perghh!! AKu langsung tak tidow nie. Tidow pon tidow-tidow itik jer tadi. Kejap. Ada ker istilah tidow-tidow itik. Nampak sangat nipunye. Huahuahua. Memang aku tak tidow lagi. Sebab apa?? Sebab aku cari menatang bodoh nie la. Babi. Bukan-bukan. Benda yang aku cari nie logo dia babi berhidung besar.

Benda tue ialah SNORT. Sebut betul-betul. SNORT yer adik-adik. Buka ja laman web logo dia babi. Babi taw tak?? Tak taw pendek umur la nampak gayanya. Babi pun tak kenal. Dah la macam dok mencarut lak kat sini. Aku bengang yang mat sangat kerana sampai sekarang aku tak dapat cari macam mana nak install SNORT. BAbi susah betol nak paham. Letak bahasa inggeris pun aku still tak paham. Menatang tol la. Banyak dah yang install tapi haram satu pa pun tak jadi. Sok member-member aku semua dah berselerak tidow di ceruk-ceruk bilik. Aku?? Ya aku tak boleh nak tidow la. Petang nie dah kena present dah. Satu patah pon tak taw nak tulis menatang pa.

Apa cadangan anda???? Patutkah aku meneruskan kerja-kerja aku nie?? Atau join kengkawan aku ke lembah mimpi nan syahdu???

NotaKakiKurap: Aku buat entry sebab aku merajuk kat hubby aku. Ada ker patut tak bagi gambar anak aku?? Sedeynya. Tak sabar lak nak tunggu petang. Nak jumpa dengan anak aku. Heheheh



Nie la babi yang aku cerita. SNORT!!!!

Thursday, January 13, 2011

::SAYA HEPI DENGAN AWAK::

Selamat Sejahtera Semua...

Malam ini aku sangat hepi sangat sebab dapat keluar dengan my Boyot 
tapi sayangnya aku tak bawa kamera dan aku tak boleh la nak ambik
gambar kitaorang malam nie...
Tapi gambar kat bawah nie aku ambil masa petang tadi..
Comel tak?? Hehehehe










Saya Sayang Awak!!!!

Tuesday, January 11, 2011

::SAYA SAYANG AWAK, BOYOT::

Selamat Sejahtera Semua...

Mengantuk sebenarnya nie tapi sebab dipaksa oleh Incik Boyot terpaksa juga mengupdate blog nie. Hehehhe. Selagi tak update dia tak nak kasi aku tidow. Mendera bini namanya tue. Incik-incik diluar sana jangan ikot macam my hubby nie ek. Heheheh

Okeyh. Petang tadi entry yang aku post bertajuk ::SAYA KECEWA DENGAN AWAK:: Memang petang tadi aku ada berperang dengan dia tapi aku nie cepat lembut hati. Hohoho. So kami dah berbaik semula. Sebabnya aku sayang dia. Sayang sangat-sangat. Aku harap dia pon camtue la.

Sebab dia nak baca blog aku nie so aku tak leh la nak kutuk-kutuk beliau. Kang beliau kecik hati susah aku nak pujuk. Hehehe. Incik Boyot I really love you so much. Kalau boleh nak kekal la dengan dia. Penat dah nak bercintan-cintun nie. Semua menyakitkan hati ja. Dan aku harap Incik Boyot nie boleh setia dekat aku. Boleh kan Boyot??? Promise me B??? I Love You So Much (ILYSM)

NotaKakiKurap: Boyot jangan dera dah suh tulis blog taw..Hehhehe..Luv u b

 

Monday, January 10, 2011

::SAYA KECEWA DENGAN AWAK::

Selamat Sejahtera Semua...

Sebenarnya malas aku nak mengupdate blog nie tapi sebab ketidakpuasan hati aku nie aku paksa gak nak update. Ya. Memang aku kecewa dengan dia hari nie. Sebabnya janji nak jumpa aku tetiba last minute cancel. Aku memang kecewa sangat-sangat sebab aku tunggu dia tapi dia cancel ja. Dengan rasa tidak bersalah dia cakap jumpa jer la esok dan langsung tak mintak maaf kat aku. Sakit hati aku bila dia cakap camtue. Aku ada perasaan. Aku sendiri cuba nak jaga perasaan dia tapi dia??? 

Dia cakap kaki dia sakit. Aku risau la. Sanggup aku cari minyak boleh bagi dekat dia sapu dekat kaki yang sakit tue. Excited aku nak jumpa dia walaupun baru ja jumpa Sabtu lepas tapi dia sampai hati buat aku camnie. Macam aku nie bukan sapa-sapa bagi dia. Aku pun boleh gak buat camtue. Janji nak jumpa tapi last minute aku cancel tapi aku tak sampai hati nak buat camtue. Aku sayang dia sebab tue aku tak buat camtue. Tapi dia senang-senang ja cancel lepas tue keluar dengan orang lain. Aku yang tercongok tunggu kat cafe macam patung dah. 

NAPER AWAK BUAT SAYA MACAM TUE??

Thursday, January 6, 2011

:: BOYOT DAN PAPAN BHG. 2 ::

Selamat Sejahtera Semua...

Letih yang amat dari semalam sebab aku kena siapkan draft report untuk final projek. Yela kerja tue dah berkurun tapi aku baru nak buat. Haha. Padan la dengan muka aku nie. Yela budak rajin katakan macam tue la. Buat kerja last minit macam nie la. Ye kawan-kawan sekalian silalah ikot perangai aku nie gerenti jadi pelajar cemerlang la. heheh

Okeyh. Aku nak sambung cerita aku yang bertajuk :: Kesah Si Boyot dan Si Papan ::. Aku dah janji nak upload pic semalam tapi sebab busy aku tak upload la. Tak sempat tapi si Boyot aka Arez dah bising-bising tanya aku bila nak upload. Setiap minit kol tanya. Haih penat nak menjawab nie. Hehehhe. Jangan marah ya Incik Boyot nanti cepat tua. So sekarang aku nak upload la nie. Jap yer.....................................................................................................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TARA!!!!!
  Si Boyot & Si Papan

NotaKakiKurap: Boyot jangan marah ek ambik pic nie..Hehehhehe

Wednesday, January 5, 2011

:: KESAH SI BOYOT DAN SI PAPAN ::

Selamat Sejahtera Semua...

Dah tidor ke semua?? Bangun weh aku nak mengupdate blog nie. Hehehe. Nampak sangat rajin malas siot. Nie nak update pon kena paksa dengan Incik Boyot. Hehehe. Sibuk jer dia tue nak aku update. Dah la banyak gila aku dok mencarut merapu dalam blog nie. Malu siot dok baca. Hahahha

Straight bengkok sikit na to the point menurut Hikayat Merong pengertian tajuk diatas, aku nak cerita sikit mengenai Kesah Si Boyot dan Si Papan. Saper Si Boyot dan Si Papan tue??? Sejenis serangga ataupun makhluk planet Pluto??

Untuk pengetahuan semua Si Boyot tue Incik Abang aku dan Si Papan tue mestilah aku yang sedia comel comot nie. Hehehe. Oppsss!! Terperasaan suda. Hahaha. Mesti Incik Boyot sudah maki aku sebakul dah nie kalau dia baca entry nie. Hehehe. Jangan marah taw.

Camna aku kenal dia?? Melalui Facebook la. Budak satu tempat aku mengaji tapi cosmetics lain2 la. Aku budak komputering tapi dia budak mekanikaling. Pandai2 ja aku ubah nama cos tue. Hehehhe. Camna aku boleh terjatuh cintan dengan dia?? Hohoho. Tue rahsia la beb mana boleh cerita nanti blink2 muka aku. 

Umur aku dengan dia beza setahun gak la. Dia 20 tahun dah dan aku 17 21 tahun dah. Kira aku tua la. Tak pa aku mengaku ja. Hahhaa. Pic aku dan Incik Boyot aku upload later la. Mata aku dah liplapliplap dah nie. Bak orang tua2 kata "Bantal kata mari, Laptop kata pergi". Dah la nak git tidow lu. KrohKrohKroh........................

NotaKakiKurap: B jangan marah ek law da kutuk2 kat sini..Hehehhe..Sok la buh pic..Nantok suda