Tuesday, August 10, 2010

TIPS UNTUK MEMILIKI BIBIR YANG SEKSI DAN MENAWAN

Selamat Sejahtera Semua...

Hoho. Sudah lama aku yak mengupdate dalam blog nie. Dah bersawang nampak. Yela busy memanjang jer aku nie. Nak kata busy buat keje tak da pon. Busy tidur jer la. Hehehe. So cakap banyak tak guna mai sini aku nak citer macam mana nak dapatkan bibir yang seksi, munggil dan menawan macam aku Angelina Jolie. So lets see the tips ya.
1. Minum lapan gelas air putih setiap hari. Amalam ini dapat membantu mencegah dehidrasi yang menyebabkan bibir menjadi kering dan merekah. Di bula puasa nie banyakkanlah minum air putih ketika sahur dan berbuka. Jangan tetengah hari minum lak. Hehehhe

2. Gunakan lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV dan pelembap.


3. Basahkan bibir dengan air putih dan bukannya air liur. Air liur mengandungi kelenjar dan enzim yang boleh membuatkan bibir hampa bertambah kering.


4. Bersihkan sisa gincu sebelum membuat sapuan yang baru dan sebelum tidur. Kaedah ini dapat mengelakkan segala debu dan bakteria yang melekat pada bibir. Sisa gincu boleh dibersihkan dengan menggunakan berus gigi yang lembut.


5. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin B, C, E dan mineral. Amalkan minum air barli untuk menyejukkan badan.


6. Hati-hati ketika memilih gincu. Pilihan yang tidak sesuai akan menjadikan bibir menjadi kering dan pecah-pecah. Selain itu, jangan gunakan gincu atau lip balm yang sudah berusia lebih dari setengah tahun.


7. Jauhi gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol. Bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan menyebabkan bibir menjadi hitam. Sementara alkohol pula akan membuatkan bibir kamu menjadi kering dan merekah.


8. Jadikan lip balm dan lip gloss sebagai teman setia hampa. Sapukan pada bibir jika ia mulai kering dan setiap kali sebelum tidur. Selain itu, hampa boleh menggunakan madu sebagai pelembap semulajadi.


9. Untuk mengelakkan bibir menjadi luka dan berdarah, jangan mengelupaskan kulit bibir yang mati dalam kering. Sebaliknya bibir hendaklah dibasahkan terlebih dahulu dan lap dengan tuala basah.


10. Gincu yang mengandungi perisa dan pewangi akan menyebabkan bibir menjadi kering, namun dengan tambahan pelembap (vitamin E) dan pelindung sinar UV dapat membantu melindungi bibir. Justeru, hampa tidak perlu khuatir dengan sebarang produk kecantikan bibir yang mempunyai pewangi dan perisa.


11. Hindari makanan pedas dan panas, makanan bergaram (misalnya kuaci) atau buah-buahan bergetah seperti duku.


12. Bibir tidak mempunyai kelenjar lemak, namun banyak mengandungi melanin atau zat pigmen yang peka terhadap sinar matahari. Jadi lindungi bibir hampa dengan gincu atau lip balm yang mengandungi pelindung sinar UV.


13. Untuk bibir yang seksi dan sihat, aku sarankan sentiasalah ucap kata-kata kebaikan, elakkan mengumpat dan bercakap buruk tentang orang lain.

NotaKakiKurap: Aku suka pakai madu, takpun letak planta ataupun colgate untuk bibir nampak merah. Seksi gitu nyah!!! Nak gie kelas. Chow!!!

10 comments:

kodok hijau the ghost writer said...

bibir kodok seksi cuba tgk sebab kena sengat lebah hahahaha

MISH LOLIPOP said...

@kodok hijau the ghost writer
wakakakak..kodok meh lawan bbir spa lagi seksi

Afra Yuri said...

yessss i love this tips! hehehe.
hey gurl, ive link ur blog :D

ace~ said...

agk2 klau bibir ak seksi rmai awek nk x??HAHAHA

MISH LOLIPOP said...

@Afra Yuri
hahha..well its ok

MISH LOLIPOP said...

@Afra Yuri
hahha..well its ok

MISH LOLIPOP said...

@ace~
erkkk..ak xleh bygkan da laki bbir seksi nie...wkakakakkaka

eiffel said...

masa memula tau sal madu lebah ley seksikan bibir..dn jadkn amalan stiap mlm...gwa bajet sok pg abis la kne sengat ngan lebah..tp lps smingu dua buat...gwa pasan, bibir gwa makin kaler pink...comel gituh..ngeeee =D

ace~ said...

hahaha..x menawan ke?? =P

nina syakina said...

nice info^^