Tuesday, August 17, 2010

:: MAI PAKAT MASUK CONTEST AIZ ::


Selamat Sejahtera Semua...

Chek baru ja habieh kelaih. Tak larat la kena jalan panjat tangga turun mai kelaih ni. Ni dok rehat pulak. Satgi kelaih kui 02:00. Sambil-sambil dok rehat ni chek teringat la kemarin hari Senayan chek pi la jalan-jalan jengok blog-blog memba chek. Lepaih tu chek jumpa la blog memba chek ni. Marka lama chek. Hahaha. Tak da aih. Chek melawak saja. Satgi marka betoi dia mai cekik chek naya chek tak nyawa nanti. Memba chek ni nama dia Aiz. Sapa tak kenai mai sini chek nak tibai sorang sedas tengok. Ishk3. Memba chek nie femes ja. Tak kenai tiktau la. 

Hamboi mukadimah panjang berjela la. Mai nak cerita sikit apa chek jumpa kat blog memba chek ni. Ni si Aiz ni dia buat satu pertandingan. Bukan lawan lari pon. Tapi buat satu entry pasai lagu mana kenai dia dan nak header lagu mana. Chek bukan boleh dengaq header ni. Chek teruih ja masuk sebab chek memang teringin nak dapat header yang comei-comei ni. Memba chek nie terer buat header. Jadi check pon tunggu apa lagi teruih buat entry meraban ni.  


Mai chek cerita lagu mana chek kenai memba chek si Aiz. Memba chek ni lama dah chek kenai. Tapi takdak la dari kecik-kecik chek kenai dia. Chek kenai pon dalam blog ja pon. Chek suka memba chek nie sebab dia kreatif. Masuk ja blog dia macam hampa masuk rumah hampa la. Uih warna warni sungguh. Sejuk mata hampa tengok. Chek ni kepala otak tak kreatif lagu memba chek ni. Dah kenai chek jenguk jugak la blog dia. Pi mai pi mai pakat komen blog masing-masing. Tapi la ni chek jarang pi jengok dia. Chek sibuk dok mengaji. Kerja banyak cikgu chek bagi. Tak dan la.


Adoih. Tak larat la chek nak mengarut ni. Mai chek cerita chek nak lagu mana header tu. Chek segan la nak gitau. Chek nak yang simple ja. Yang nampak comei-comei. Sebab tak lama lagi chek nak tukaq layout blog nie kala laen. Chek dok pikiaq nak guna kala pink dengan biru. Padan dak?? Padan kot. Jadi chek nak la header tu ada kala pink dengan biru. gambaq pon yang padan la dengan blog chek ni. Nak buh gambaq chek pon boleh. Baru comei kan padan la dengan chek yang comei ni. Hahaha.


Panjang berjela chek dok merapu ni. Dah la sikit-sikit satgi lenguh muluit Aiz nak baca. Ya la harap chek dapat la header free tu. Lagu mana Aiz cukup syarat dah ka???


NotaKakiKurap: Kepada yang tak paham dengan entry ni harap maklum jangan baca. Hehhehe

 

5 comments:

AiZ said...

baguih-baguih.. at last ada gak yang wakil perlis.. jenuh aiz waiting anak perrlis tau.. aiz pun anak perrlis gak... rasa taching baca anak perlis tulis.. ngeh3

Gud luck loli ^__^.. amboi, busy sakan noh..

AiZ said...

aiz lahir kat perlis kangar.. tapi laa ni stay kat langkawi.. loli lak?.. dengar kata loli lahir perlis stay las vegas? hakhak.. tul ka? haha

Zinedine Zaiddin said...

Wakil perlis ke wakil peghelih?

Sebab orang utara piau sebut perlis as 'peghelih'...har3

Nak masuk gak ah kontest ni..hehehe

Aujinz said...

huishh... den tak brapo nak paham.. :))

AiZ said...

nak mintak tolong boleh tak ^__^ (segannye)
support aiz:
vote aiz dan ampa boleh menang ipod touch terbaru..!! please vote yek..

sangat terhutang budi..